PERAK FC terpaksa mengigit jari kerana terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, petang ini apabila pasukan pelawat berjaya mendapatkan gol penyamaan di minit-minit terakhir perlawanan.
Kedah mendapat gol penyamaan mereka pada waktu minit k-92 apabila Amirul Hisyam Awang Kechik melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas pasukan Sang Kenari mendapat tendangan sudut dan bola berjaya dikeluarkan oleh barisan pertahanan Perak.
Kedah yang turun tanpa pemain import Sony Norde yang baru berhijrah ke Indonesia, dan dua pemian import Sukhrob Nurullaev dan Ebenezer Assifuah mempamerkan aksi seimbang dengan Perak dengan masing-masing bermain dalam tempo yang agak perlahan kerana terlalu berhati-hati.
Permainan dalam separuh masa pertama menyaksikan tiada percubaan berbahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan dan kedudukan kekal 0-0 sehingga waktu rehat.
Enam minit selepas separuh masa kedua bermula, tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil, Mohd Fusser Mad Sallih selepas pegawai VAR bertugas memaklumkan pemain Kedah, Loqman Hakim Marzuki dikesan menolak Clayton Da Silveria Da Silva ketika pergelutan dalam kotak penalti.
Bekas penyerang Vasco da Gama itu kemudiannya tenang menewaskan Wan Syazmin dengan sepakan kencang ke pintu gol lawan ketika mengambil sepakan penalti untuk meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-71.
Ketika Perak hampir meraikan kemenangan pertama mereka sejak lima perlawanan lepas, jaringan Amirul Hisyam merubah cerita di Manjung yang memberi kegembiraan kepada pasukan Sang Kenari, terutama Ketua Jurulatih barunya, Victor Andraq.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

