PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak akan mempertahankan jawatannya dalam kongres badan induk itu yang dijadualkan pada 15 Februari tahun hadapan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Hamidin dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-13 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, hari ini.
Menurut Hamidin, keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada ahli gabungan FAM untuk memilih presiden yang baharu.
Hamidin memberitahu, beliau telah lama membuat keputusan itu setelah mengadakan perbincangan dengan keluarga.
Kata beliau, keputusan yang diambil itu bukan disebabkan desakan pihak lain termasuk penyokong.
“Saya dah enam tahun setengah (menjadi Presiden FAM). Saya rasa sudah cukup untuk memberi ruang kepada individu lain memimpin persatuan yang besar ini ke mercu lebih tinggi daripada sekarang.
Baca artikel lain: Nafuzi Zain letak jawatan Ketua Jurulatih Kedah, bakal sertai struktur baharu FAM?
“Tiada apa yang pelik pun (keputusannya). FAM tetap ada. Pemimpin yang datang dan pergi.
“Tiada kena mengena dengan desakan penyokong. Itu memang keputusan saya. Penyokong ada hak untuk kritik dan sebagainya. Ini ruang yang bagus untuk ahli gabungan pilih Presiden baharu,” katanya.
Sebagai rekod, Hamidin dipilih menjadi Presiden FAM ketujuh bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tunku Mahkota Ismail sebelum beliau menang tanpa bertanding pada kongres pemilihan bagi penggal 2021-2025.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat khabar angin bertiup kencang apabila nama Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dikaitkan untuk menggantikan Hamidin yang dijangka tidak akan mempertahankan jawatannya pada Kongres FAM awal tahun depan.
Nama Joehari dicadangkan dalam satu pertemuan tertutup bersama beberapa ahli gabungan FA, termasuk wakil Persatuan Bolasepak Negeri (FA).
Joehari adalah Naib Presiden FAM bagi penggal ini dengan beliau diberi tanggungjawab selaku Pengerusi Jawatankuasa Status FAM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

