POLIS menolak dakwaan berlakunya kejadian culik di kawasan Jalan Zamrud Utama, Kajang, seperti yang tular di media sosial hari ini.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/8042
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, pihaknya telah mengesan video tular itu pada pukul 10.30 pagi.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan kejadian berkenaan sehingga kini.
“Menerusi maklumat, ada saksi yang melihat kejadian itu dan mendengar salah seorang daripada pasangan berkenaan mengatakan supaya orang ramai tidak mencampuri urusan mereka suami isteri dan kemudian beredar.
“Bagaimanapun, tindakan sudah diambil bagi mengesan pemilik kenderaan dan pasangan berkenaan.
“Siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Naazron berkata, berdasarkan maklumat diperoleh setakat ini, pihak polis menolak dakwaan di media sosial bahawa kejadian tersebut melibatkan penculikan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang tidak sahih sehingga mendatangkan kegusaran awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

