Hina Speaker melalui TikTok: Ahli Parlimen Pendang digantung Dewan Rakyat 10 hari

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim (Perikatan Nasional), digantung 10 hari daripada menghadiri Dewan Rakyat bermula hari ini, susulan kenyataan negatif terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai.

Johari berkata tindakan itu diambil setelah pelbagai cara yang telah dibuat bagi meminta Awang memohon maaf dan menarik balik ucapan tidak diendahkan hingga hari ini, termasuk menerusi surat yang dihantar pada 22 Julai.

“Kenyataan dan tindakan itu telah menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dipilih berdasarkan Perkara 47 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan dan menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Kenyataan negatif menerusi aplikasi TikTok bukan sahaja merupakan satu dakwaan yang sangat serius, tetapi telah menyalahi hak dan keisitimewaan Ahli Parlimen dan satu penghinaan kepada Dewan yang mulia ini,” katanya ketika mempengerusikan Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata menerusi video TikTok itu, Awang telah mengeluarkan kenyataan berbunyi “Kezaliman telah berlaku dalam Parlimen dan luar Parlimen, dalam Parlimen sekarang sedang dikuasai Tan Sri Speaker, melakukan kezaliman, bermula Pendang, Machang dan seterusnya kalau tidak dihalang daripada sekarang”.

Terdahulu, Awang turut meminta maaf di Dewan Rakyat berhubung kenyataannya mengenai penemuan wang tunai RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP pada 4 Nov lepas setelah diminta Johari berbuat demikian.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This