BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Ahmad Shapawi ketika dihubungi Bernama hari ini, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pencalonannya dicadangkan oleh ahli gabungan MPM iaitu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Kanu Malaysia (PKM).
“Saya bertanding untuk jawatan Presiden MPM sebagai satu pasukan sebab ada permintaan daripada ahli gabungan yang merestui hasrat ini.
Baca artikel lain: Anwar hargai jasa Ahmad Shapawi, ucap selamat bersara
“Saya juga mahu melakukan perubahan dalam kepimpinan MPM itu sendiri,” katanya.
Ahmad Shapawi dikaitkan dengan perebutan kerusi panas Presiden MPM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 14 Dis ini.
Penyandang Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dijangka bertanding untuk mengekalkan jawatannya.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

