Elliza Razak mangsa keganasan rumah tangga, bercerai Februari lalu selepas tak tahan 12 tahun sara ‘biawak hidup’!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Elliza Razak mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sekaligus menjadi faktor dia sah bercerai pada Februari lalu.

Elliza atau nama penuhnya Elliza Abdul Razak,40, meluahkan rasa syukur apabila diberi kekuatan untuk nekad keluar daripada kehidupan toksik yang menghancurkan.

Sepanjang 12 tahun berkahwin, Elliza menggalas tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarga sepenuhya tanpa dibantu sepanjang bergelar isteri kepada Khairul Adzwan Nasir itu.

“Jujur saya katakan selama 12 tahun bertahan (dalam rumah tangga), saya rasa lega sangat selepas bercerai. Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga. 

“Iya, saya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sebab itu juga saya nekad untuk failkan cerai kerana sudah tak tahan. 

“Punca saya mula melakukan proses permohonan cerai apabila dia ugut tidak benarkan saya berjumpa anak-anak,” katanya kepada URTV.

Elliza berkongsi perkara itu ketika di temui pada Majlis Ulang Tahun Suria FM yang ke-17 tahun di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor, petang tadi.

Elliza yang juga pelakon itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari. 

Dalam pada itu Elliza turut menunjukkan kepada pihak media gambar kesan lebam pada wajahnya dipercayai akibat dipukul dalam kejadian yang berlaku pada 2015. 

Sementara itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) langsung tidak pernah membuat laporan polis berhubung perkara terbabit.

“Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya tak mahu dia ditahan. Saya juga fikirkan tentang anak-anak. 

“Tetapi selepas bercerai saya ada buat ‘cover report’ supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak. 

“Dalam tempoh idah pun dia dan pukul saya dan ketika itu anak kami nampak apa yang berlaku,” ujarnya. 

Lebih perit lagi apabila dua orang anaknya berdepan trauma selepas turut melihat keganasan yang dilakukan bapa mereka.

Mahu terus melupakan kisah lalu dan enggan menoleh ke belakang lagi, Elliza kini sedang mengatur langkah untuk kembali aktif dalam arena seni.

“Sekarang ini saya cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur dapat bertemu dengan orang tepat untuk menguruskan perjalanan kerjaya seni.

“Saya sudah melancarkan single baharu berjudul Urai yang turut dijadikan runut bunyi bagi drama Akad Yang Terlindung bagi slot Akasia di TV3.

“Bila saya lihat lirik Urai, saya hayati dan selami. Seni katanya seakan ada hubung kait dengan kisah hidup saya,” ungkapnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This