Lelaki pukul bekas isteri di luar balai polis ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memukul bekas isterinya dalam sebuah kereta di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan telah menerima laporan melibatkan kejadian tersebut kira-kira pukul 2.51 petang kelmarin.

Naazron memberitahu, kejadian yang turut tular di media sosial Threads itu dipercayai berlaku di parkir awam di luar balai polis berkenaan.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, suspek warga tempatan berusia 20-an itu telah pun ditahan kira-kira pukul 6.20 petang, semalam.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai pemandu e-hailing telah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Suspek merupakan bekas suami mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi hari ini untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Naazron memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan cedera dengan sengaja serta ugutan mendatangkan ketakutan.

Menurut beliau, kesalahan bagi Seksyen 323 memperuntukkan penjara sehingga setahun atau didenda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jelasnya, Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 bagi membantu siasatan,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SPRM siasat pemindahan DAK: NRES tak lindungi mana-mana pihak jika wujud salah laku

KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak jika terbukti wujud sebarang...

More Articles Like This