Aik Huat rai ulang tahun ke-20, lancar logo baharu lambang komitmen dan inovasi

Dari Penulis

Kumpulan Aik Huat Hardware meraikan sambutan ulang tahun ke-20 dengan menyoroti perjalanan syarikat  yang bermula sebagai kedai kecil di Seri Kembangan bersama rakan kerjasama, pembekal, dan tetamu industri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Seng Cha berkata, sejak penubuhannya pada tahun 2004, Aik Huat Hardware telah menekankan prinsip “Keutamaan Kepada Manusia”. Mereka bermula dengan visi kecil sehingga berjaya menjadi nama besar dalam industri pembekalan bahan binaan dan pelbagai produk.

“Ketika pertama kali membuka perniagaan, saya tidak tahu sama ada ia akan berjaya. Namun, satu perkara yang saya pegang ialah untuk bekerja bersungguh-sungguh dan fokus. Kepercayaan antara saya dan pelanggan adalah kunci utama kejayaan ini.

Hari ini saya sangat bangga melihat ratusan tetamu bersama-sama meraikan ulang tahun ke-20 ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, dan saya amat berterima kasih kepada semua,” katanya dengan penuh rasa syukur.

Menurut beliau lagi, pihaknya kini merancang membuka dua lagi cawangan baharu di Nilai dan Rawang pada tahun hadapan. Kawasan berkenaan dipilih kerana perkembangan pesat dalam sektor perumahan dan perniagaan.

Dalam pada itu, majlis sambutan turut disempurnakan dengan pelancaran logo baharu syarikat yang melambangkan era baharu dalam pembangunan kumpulan ini. Logo itu mencerminkan semangat inovasi dan komitmen syarikat terhadap kualiti dan perkhidmatan cemerlang.

Bukan sekadar meraikan pencapaian korporat, namun majlis itu turut menjadi platform syarikat menjalankan tanggungjawab sosial mereka di mana Aik Huat Group telah menyumbangkan RM20,000 kepada Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) untuk menyokong rumah anak yatim dan warga emas. Selain itu, acara lelongan seni lukis berjaya mengumpulkan dana tambahan untuk badan kebajikan.

“Saya percaya apabila kita dikurniakan rezeki, menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi dengan orang lain. Motivasi saya bukan hanya untuk kekayaan peribadi tetapi juga untuk membantu masyarakat,” kongsinya.

Goh turut menyatakan harapannya untuk Aik Huat Group.

“Saya berharap untuk membawa Aik Huat ke tahap yang lebih tinggi, termasuk menjadi syarikat yang tersenarai di IPO. Kejayaan kami tidak hanya memberi manfaat kepada syarikat tetapi juga kepada pekerja, pelanggan, dan masyarakat,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This