Pemain piano virtuoso, Maksim bawa Jelajah Dunia Segmenti ke Kuala Lumpur

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMAIN piano ‘classical crossover’, Maksim Mrvica atau ringkasnya Maksim akan kembali ke Kuala Lumpur sempena siri jelajah terkininya.

Anjuran Lo-Fi Entertainment, Maksim World Tour Segmenti akan mengalunkan para penggemar muzik di Mega Star Arena, KL pada 12 Februari 2025, jam 8.30 malam. 

Beraksi dengan orkestra, Maksim akan membawakan repertoir gubahan asal dan variasi daripada album terbaharunya, “Segmenti” yang menampilkan hit popular ABBA dan Queen, serta karya agung klasik yang abadi dari Chopin, Prokofiev dan Tchaikovsky.

Berasal dari Å ibenik, Croatia, Maksim mulai pelajaran piano ketika berumur sembilan tahun. Walaupun perang tercetus pada zaman remajanya, dia tetap mempelajari instrumen itu. 

Maksim dilatih secara klasik di Akademi Muzik Zagreb, Akademi Muzik Franz Liszt di Budapest, Hungary dan Konservatori Rusia Alexander Scriabin di Paris, Perancis. 

Menerusi album-album terobosan, dia dilonjakkan ke arah kepopularan yang jarang berlaku bagi seseorang pemain piano. 

Maksim terus meninggalkan kesan mendalam pada bidang seni serta orang ramai seluruh dunia. Selain itu, Maksim mampu mencecah 16 nota dalam sesaat. 

Karya terkenalnya termasuk “Croatian Rhapsody”, di samping rendisi “Flight of the Bumblebee” serta tema daripada “Pirates of the Caribbean”, “Game of Thrones” dan “Mission Impossible”.

Tiket boleh didapati di www.ticketingtix.com pada harga RM888 (VIP), RM688 (CAT 1), RM488 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) mulai 12 Disember 2024, 12.00 tengah hari. 

Ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This