“Jangan buka aib orang, jangan jadi duri dalam daging” – Che Ta

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TERUS mengunci mulut mengenai kontroversi hutang RM1 juta, pelakon Rozita Che Wan bagaimanapun membuat perkongsian di Instagram Story mengenai perbuatan memburukkan hal orang lain secara terbuka.

Menurut Rozita atau Che Ta, jangan berseronok atas kesusahan yang menimpa individu lain. 

“Jangan dibuka aib orang, kelak aib sendiri bertaburan. Jangan jadi duri dalam daging.

“Kau fitnah orang. Kau sebar aib orang. Kau cerita buruk pasal orang. Siap tokok tambah lagi. Kau dapat apa, seronok?

“Sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak nak jahit pula. Jangan cari masalah kalau hati tak kental.

“Tak payah sibuk cara hidup orang lain. Lebih baik sibul hal diri sendiri,” katanya.

Dalam hantaran berlainan pula, Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut mengulang siar kata-kata semangat daripada adik-beradiknya iaitu Ruby Che Wan dan Ayu Raudhah.

“”Orang yang hebat itu, ujian hidupnya hebat juga. Kalau tak percaya cuba tanyakan orang di sekitar kita yang kita rasa dia hebat saat ini.

“Tanyakan saja apa yang dia sudah perjuangkan, bagaimana dia menjalani hidup, apa yang sudah di korbankan, seberapa berat mempertahankan segala yang dia miliki dan apa yang Allah ambil dari dia.

“Hanya dia dan Allah saja yang tahu,” ujarnya.

Che Ta sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hartanya yang bakal disita berikutan kegagalan melunaskan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bagaimanapun, menerusi sesi langsung di TikTok, dia mengaku dirinya berada dalam keadaan baik, semalam.

Selasa lalu, kediaman pelakon drama Kiah Pekasam itu di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan kegagalannya melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Rozita membuat pinjaman sejak 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pinjaman sejak tujuh tahun lalu.

Ketika serbuan dilakukan hanya ibu kepada Rozita berada di rumah sebelum anak sulungnya, Ammar Effendy tiba kira-kira sejam kemudian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari peminat tegar ke rakan sepentas! Insomniacks cipta sejarah buka tirai konsert 5SOS di Malaysia

IMPIAN sedekad yang selama ini hanya tersemat di dada akhirnya terungkai dengan penuh gemilang!  Kumpulan pop-rock tempatan kegilaan ramai, Insomniacks,...

More Articles Like This