Dakwaan jenazah bayi ditahan hospital: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan – Dzulkefly

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang menunggu dapatan laporan siasatan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dapatan laporan itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya pada Mesyuarat Pasca Kabinet minggu depan, yang merupakan mesyuarat terakhir tahun ini.

Beliau berkata, KKM sentiasa memantau pengawasan fasiliti hospital swasta di negara ini yang tertakluk kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

“Bagaimanapun kes ini agak unik dari segi latar belakang dan sebagainya, jadi kita tunggu dapatan dan siasatan yang betul untuk kita berlaku adil, tentunya kita simpati dengan keluarga malang ini.

“Namun kita akan terus mengadakan pemantauan kami di bawah tanggungjawab CKAPS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Responden Pertama Komuniti Malaysia yang pertama kali diadakan, di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan tindakan sebuah hospital swasta di Selangor yang dikatakan menahan mayat bayi lelaki selama 16 hari di dalam peti sejuk mayat kerana bapanya tidak membayar bil.

Rabu lepas hospital swasta terlibat menafikan dakwaan itu, sebaliknya menjelaskan bahawa pihaknya telah memberi kebenaran mengebumikan jenazah bayi itu sebelum bayaran bil hospital dibuat.

Sebelum itu mengulas mengenai laporan media yang mendakwa kekurangan tenaga kerja perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak, Dzulkefly berkata beliau masih menunggu laporan daripada semua pihak yang terlibat, di dalam dan luar KKM

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang motosikal maut terjatuh dari jejambat selepas dilanggar X50

SEORANG penunggang motosikal maut selepas tercampak dan terjatuh kira-kira 30 meter ke bawah jejambat akibat dilanggar sebuah kereta jenis...

More Articles Like This