SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional

Dari Penulis

PARTI Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan secara rasminya telah menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Beliau berkata keputusan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lepas, dan pihak ibu pejabat PN telah dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan berkenaan bulan lepas.

Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang, iaitu pendirian terbabit bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan negeri itu.

“Pendirian SAPP ini selaras dengan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan autonomi Sabah.

“Kami tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan bahawa pilihan raya bagi DUN Sabah kekal di bawah bidang kuasa parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti-parti yang berpusat di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN

SAPP adalah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Sementara itu, Yong berkata SAPP telah mengemukakan usul kepada Majlis Tertinggi GRS untuk dipertimbangkan melibatkan autonomi Sabah iaitu GRS harus meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN pada pilihan raya negeri nanti.

Beliau berkata langkah itu penting dalam menegakkan hak Sabah di bawah MA63 dan mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang kuat untuk sebuah kerajaan yang mengamalkan federalisme sejati.

Yong berkata dengan kurang daripada 10 bulan sebelum pilihan raya negeri yang akan datang, SAPP juga menggesa Majlis Tertinggi GRS untuk segera menyelesaikan sebarang ketidakpastian mengenai penjajaran kerjasama GRS dan Pakatan Harapan.

“Semua hal ini mestilah diperjelas sebelum tahun baharu untuk membolehkan rakyat Sabah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat mengenai masa depan politik mereka,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Brazil hilang aura samba, aksi hambar sekadar seri dengan Maghribi

BRAZIL mungkin mengelak kekalahan dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2026 apabila seri 1-1 dengan Maghribi pagi tadi,...

More Articles Like This