Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BLOGGER kontroversi, Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan kutipan dana menggunakan dana sebuah syarikat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah dibebaskan semalam selepas keterangannya selesai diambil.

Menurut Razarudin, Papagomo ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Buat masa ini, seramai 16 orang telah ambil keterangan berhubung kes itu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tipu kutipan dana: Papagomo ditahan polis awal pagi tadi

Media sebelum ini melaporkan Papagomo telah ditahan di kediamannya di Putrajaya, awal pagi semalam.

Penahanan Papagomo difahamkan bagi membantu siasatan kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

Ia susulan satu laporan polis yang dibuat pada Julai lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This