Siri 2: Bikin filem anti Islam, rahmat terbesar bagi Arnoud Van Doorn

Dari Penulis

Sebagai orang yang diamanahkan menjadi wakil ketua PVV, sudah pasti banyak kempen dan tindakan yang akan dilakukan bagi menunjukkan Islam bukanlah agama yang wajar untuk dianuti.

Perasaan benci dan marahnya kepada Islam sangat membuak-buak dan semakin tidak terbendung. Baginya Islam dan umatnya adalah sangat terlaknat. Hinggalah satu hari, terdetik dalam hatinya persoalan mengapa dia begitu membenci Islam. Apa yang telah dilakukan oleh agama tersebut hingga menjadikan dia seorang yang begitu anti kepada agama Islam.

“Saya benar-benar mula mendalami pengetahuan tentang Islam hanya kerana perasaan marah.”

Kata Van Doorn mengenang kembali bagaimana hidayah mula menyentuh serta meresap dalam jiwanya.

Lalu perasaan amarah yang meluap-luap seperti lahar gunung berapi itu, telah membuatkan saya tergerak untuk mencari terjemahan al-Quran, hadis-hadis dan buku-buku berkaitan Islam. Bukan untuk membakar atau memusnahkan bahan-bahan tersebut, tetapi cuba memahami berkaitan Islam.

Artikel berkaitan: Siri 1: Gara-gara bikin filem anti Islam, ini yang berlaku

Ya! selama ini mungkin kemarahan saya itu tercetus dari cerita-cerita yang disampaikan oleh orang-orang yang anti Islam. Secara tidak langsung telah mengheret saya untuk turut membenci Islam. Oleh itu saya cuba mendalami serta memahami sendiri apa yang diperkatakan tentang Islam.

Hari demi hari membaca dan mengkaji tentang Islam, telah merubah pandangan dan sikapnya terhadap Islam. Saudara dan rakan terdekat masih tidak menyedari akan perubahan sikapnya, walaupun mereka tahu saat ini, Van Doorn begitu asyik mendalami Islam. Mungkin mereka beranggapan Van Doorn ingin mencari titik kelemahan umat Islam bagi dijadikan hujah untuk kempen-kempen mereka akan datang.     

Hampir setahun dia mengkaji al-Quran, al-Hadis dan buku-buku Islam selain berdiskusi dengan penganut agama Islam lain bagi mengetahui lebih dalam tentang Islam. Semakin dalam dia belajar semakin kuat tali ikatan Islam mengikat hatinya, hingga dia tidak mampu lagi menyanggah bahawa Islam adalah sebuah agama yang begitu istimewa.

Apa yang selama ini tertanam kemas dalam mindanya bahawa Islam adalah agama fanatik, menindas wanita, tidak bertoleransi, ganas serta memusuhi barat terutama bukan Islam, perlahan-lahan mula pudar. Dia menemukan Islam sebagai sesuatu yang sangat berbeza dari apa yang pernah dia sangka sebelumnya.

Benar, ajaran Islam tidak pernah menyuruh umatnya untuk bertindak ganas terhadap sesama manusia, sekalipun tidak sealiran dalam beragama. Ini jelas kata-kata Allah dalam surah al-Baqarah ayat 256,

Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan.

Tuduhan-tuduhan media Barat yang selama ini mencitrakan Islam sebagai pengganas adalah tuduhan melampau, tidak berasas dan sangat bertentangan sama sekali dengan apa yang terkandung dalam al-Quran. Dia melihat 99 peratus orang-orang Islam adalah pencinta kedamaian.

“Jika lebih banyak orang mempelajari intipati Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan dapat melihat keindahan itu.” Kata Van Doorn ketika diwawancara oleh MNA

Jalan menuju Islam semakin terbuka luas untuknya apabila dia bertemu dengan seorang muslim yang bernama Aboe Khoulani, seorang rakan yang bekerja di Dewan Kota Den Haag. Melalui sahabatnya itu, dia lebih berkeyakinan untuk mengambil keputusan yang akan merubah jalan hidupnya 180 darjah. Selain menjelaskan tentang Islam lebih mendalam, Aboe juga yang menghubungkan Van Doorn dengan masjid as-Sunnah.

Apabila dirasakan hatinya semakin kukuh dan mantap dirantai dengan tali Islam, akhirnya dia tekad dengan keputusannya itu. Tanpa berlengah dia akhirnya mengikrarkan syahadat dan menjadi sebahagian dari komuniti Islam di Belanda. Kemudian dia telah menaikkan status keislamannya di twitter dengan menulis kalimat syahadah dalam bahasa Arab serta menyatakan alasannya memeluk Islam.

Seusai mengetahui keislamannya, seakan bergegar bumi Belanda. Betapa tidak, dia bukanlah ahli politik biasa tetapi punya jawatan yang tinggi dalam parti yang terkenal sentiasa membenci Islam.

Parti dan para pengikutnya telah mencerca dan mengecam dia sebagai seorang pengkhianat. Walaupun tuduhan tersebut terasa berat baginya, namun itu tidak menjadikan dia seorang yang lemah hatinya.

Baginya itu semua adalah satu bentuk ujian yang sengaja Allah berikan sebagai menguji keimanannya kepada Allah. Tidakkah dalam surah al-Ankabut ayat 2-3 Allah ada berfirman,

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, “kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”   

Menyedari tentang kekhilafannya yang lalu sebagai salah seorang penggerak tangan-tangan syaitan bagi menanam kebencian manusia terhadap Islam melalui filem Fitna, kini dia bertekad untuk membuat pula filem yang akan menjawab dan membalas balik tuduhan-tuduhan tersebut.

Dia berazam membuat sebuah filem yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan perdamaian dan ukhwah sesama manusia. Selain itu, dia juga turut ingin membuat filem berkaitan akhlak dan keindahan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyebarkan dakwahnya.

Saya akan bekerja keras untuk melindungi hak-hak asasi muslim di seluruh negara-negara Eropah, juga untuk melayani Islam dan para pengikutnya di seluruh dunia. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kekhilafan yang saya timbulkan, tegasnya lagi.

Dan kini dia memutuskan untuk bekerjasama dengan Canadian Dawah Association (CDA) untuk membuat filem tersebut, bagi menghilangkan salah faham dan ketakutan tentang Islam dan baginda s.a.w.

Menurutnya, apa yang ia lakukan sebelum ini sebagai anti Islam telah mengharuskannya mempelajari lebih jauh tentang Islam. Kemudian dalam prosesnya itu, ia mendapat kefahaman yang lebih baik, dan dapat hidayah atas usahanya itu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala-galanya.

____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This