PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kebangsaan telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2024, hari ini.
Beliau berkata pelan itu dirangka dalam usaha kerajaan membawa entiti perniagaan Malaysia secara berfasa ke arah pematuhan dan pelaporan ESG, malah ke peringkat melangkaui tahap pematuhan sekali gus mewujudkan kelebihan kompetitif dan pembangunan mampan negara.
“Saya singgung keperluan memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak dibebankan dengan kos yang tinggi dalam usaha mematuhi garis panduan ESG, justeru disarankan bantuan latihan penerapan ESG turut dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersenarai awam, multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Baca artikel lain: 191,832 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia setakat September
“Ini penting bagi menyokong PKS dalam rantaian nilai masing-masing, sayugia kementerian-kementerian yang berkaitan disaran memperkukuh program latihan bersesuaian kepada entiti perniagaan yang disasarkan,” katanya dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Anwar berkata berhubung prestasi semasa indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara, mesyuarat dimaklumkan Malaysia mencatatkan kemajuan memberangsangkan dengan unjuran pencapaian 43 peratus sasaran SDG menjelang 2030.
Beliau berkata ia mengatasi purata unjuran pencapaian global pada 17 peratus.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

