Malaysia mesti lonjakkan penguasaan teknologi strategik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA mesti melonjakkan penguasaan teknologi strategik agar mampu membangunkan teknologi tempatan yang dipelopori kepakaran anak tempatan.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara, hari ini.

Menurut Anwar, mesyuarat tersebut meneliti landskap ancaman keselamatan siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan siber negara.

Pada masa sama, Anwar berkata, pembangunan teknologi mesti diselarikan dengan keutuhan nilai, budaya dan jati diri negara.

“Mesyuarat hari ini membicarakan perkembangan model kecerdasan buatan (AI) generasi baharu termasuk Anthropic Mythos serta implikasinya terhadap keselamatan siber negara.

“Perkembangan ini menuntut Malaysia bertindak lebih pantas dan strategik dalam membina keupayaan teknologi sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau turut memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan kriptologi negara.

Beliau berkata, ia dijadikan asas penting dalam melindungi data, komunikasi strategik dan kedaulatan digital Malaysia pada era kecerdasan buatan serta pengkomputeran kuantum.

Katanya, mesyuarat turut menyentuh usaha memperkukuh perlindungan infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman pasca-kuantum (PQC) serta menangani ancaman baharu termasuk penyalahgunaan AI.

“Tatkala dunia kian dipacu teknologi dan AI, keselamatan siber menjadi benteng kepada kedaulatan digital, kemajuan dan daya saing negara.

“Keupayaan melindungi data, sistem serta infrastruktur kritikal akan menjadi antara penentu kekuatan Malaysia pada masa hadapan,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This