‘Dekatilah rakyat dengan hati yang ikhlas’, Anwar nasihat calon PH PRN Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihatkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mendekati rakyat dengan hati yang ikhlas.

Dalam hantaran di Facebook, Pengerusi PH itu turut mengucapkan selamat berkempen kepada kesemua 56 calon PH yang diletakkan dalam PRN kali ini.

Beliau berkata, semua calon perlu menggalas amanah dengan sebaiknya, bukan sekadar untuk meraih undi semata-mata.

“Kerja kuat, santuni semua dan buktikan bahawa politik yang beradab akan sentiasa mengatasi politik kebencian.

“Insya-Allah, apabila kita ikhlas membela nasib rakyat Johor, mereka akan membuat pilihan yang tepat demi masa depan negeri tercinta,” katanya dalam hantaran tersebut.

Anwar yang juga Perdana Menteri turut memetik ayat 159 Surah Ali Imran.

Ayat tersebut membawa maksud: “Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

PRN Johor dibuka secara rasmi hari ini menerusi proses penamaan calon di 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri bermula tepat 9 pagi tadi.

Ia sekali gus menandakan kempen bermula selama 14 hari sehingga 11.59 malam pada 10 Julai depan.

Tarikh pengundian awal bagi PRN Johor pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga runcit RON97, RON95, diesel tanpa subsidi turun 10 sen

HARGA runcit RON97 tanpa subsidi termasuk RON95 dan diesel turun 10 sen seliter, masing-masing kepada RM4, RM3.37 dan RM3.97...

More Articles Like This