POLIS kini memburu seorang penunggang motosikal yang cuba meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Manggis, Kluang pada 9.45 pagi kelmarin, selepas tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, video tular kejadian itu memaparkan seorang penunggang motosikal cuba meragut mangsa dari arah belakang semasa melalui lokasi kejadian.
“Polis telah menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita tempatan pada pukul 9.19 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, polis masih mengesan suspek terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

