62 kematian, 216 kes insiden laut dilaporkan setakat 20 Dis tahun ini – Mohd Rosli

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEBANYAK 62 orang dilaporkan meninggal dunia manakala 26 orang lagi dikategorikan hilang dilaporkan dari Januari hingga 20 Disember tahun ini, kata Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Menurut beliau, statistik itu berdasarkan rekod 216 kes insiden laut dengan 1,253 mangsa dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Mohd Rosli menyeru masyarakat untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Hari Natal yang bakal disambut rakyat Malaysia beragama Kristian pada 25 Disember ini.

Beliau dalam kenyataan hari ini turut meminta agar mereka yang ingin melakukan aktiviti di laut sentiasa memakai jaket keselamatan selain memastikan bot yang dinaiki berada dalam keadaan selamat.

“Peringatan ini penting memandangkan cuaca yang tidak menentu pada penghujung tahun akibat Monsun Timur Laut.

“Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia dari tahun 2006 hingga 20 Disember 2024 adalah sebanyak 3,275 kes dengan 16,420 mangsa terlibat insiden di laut telah direkodkan.

“Daripada jumlah mangsa tersebut, 1,643 mangsa telah dilaporkan meninggal dunia dan 777 mangsa masih diklasifikasikan sebagai hilang,” katanya.

Mohd Rosli menambah, semua pengendali bot penumpang diingatkan untuk memastikan bot yang digunakan dalam keadaan baik serta menyediakan jaket keselamatan sebelum beroperasi, selain tidak membawa penumpang melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aduan kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim yang terdekat untuk tindakan segera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This