Siri 1: Sambut Krismas, bolehkah itu dianggap satu DAKWAH?

Dari Penulis

Jangan pelik! Walaupun penganut Kristian di Malaysia yang menyambut perayaan Krismas sekitar 9.2 peratus atau seramai lebih kurang 2.6 juta orang, namun jumlah yang menyambut dan meraikan perayaan ini boleh menjangkau lebih dari itu. Selebih dari 2.6 juta orang itu adalah terdiri dari penganut agama lain yang termasuk juga mereka yang mengaku Islam.

Hari ini, sebahagian umat Islam tidak segan silu meraikan dan merayakan agama lain, waima ia jelas bertentangan dengan syariat dan akidah Islam. Samada mereka ini jahil, atau terpengaruh dengan konsep semua agama sama kerana menyeru kebaikan atau mereka sendiri keliru dengan konsep dakwah bil hikmah, seperti yang difirmankan Allah dalam surah an-Nahl: 125

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana)”

Ada yang beranggapan tindakan mereka memakai pakaian yang menyerupai Santa Claus, memberi ucapan “merry Christmas”, menghias pokok Krismas, dan beberapa lagi perbuatan yang dominan pada perayaan ini adalah satu dari cabang dakwah.

Fahaman mereka, Islam adalah agama indah yang menuntut kepada perpaduan, toleransi, dan semangat muhibbah walau berbeza agama. Justeru itu, dengan meraikan perayaan penganut agama lain, ia menjadi platform mengajak bukan Islam menerima Islam.

Benarkah dakwaan ini, sedangkan dakwah adalah untuk menyampaikan kebenaran dan bukan untuk menyenangkan seseorang. Ini tidak lebih dilihat sebagai dakwah yang ekstrem, yang cuba dimanipulasikan oleh golongan cetek agama mewajarkan tindakan mereka.

Seorang muslim yang beriman, mereka tidak boleh menghalalkan segala cara, sekalipun untuk tujuan dakwah agar menarik orang memeluk Islam. Sebagai contoh, Baginda s.a.w. pernah ditawarkan oleh para pemimpin kafir Quraisy Mekah agar sedikit bertoleransi dalam menyebarkan agama Islam.

Baginda ditawarkan kekuasaan sebagai pemimpin Mekah, wanita cantik untuk dinikahi dan harta yang berlimpah ruah. Namun Baginda s.a.w. menolak tawaran tersebut, sedangkan jika Baginda s.a.w. memerimanya, sudah pasti ia lebih memudahkan Baginda mengajak orang kepada Islam.

Manakan tidak, Baginda sudah punya kekuasaan sebagai pemimpin Mekah dan harta yang banyak, sudah pasti boleh sahaja Baginda menyuruh dan menawarkan hartanya yang banyak itu agar musyrikin Mekah memeluk Islam.

Namun, dengan nada tegas Baginda s.a.w. bersabda

“Seandainya matahari diletakkan di tangan kananku, dan rembulan di tangan kiriku, nescaya aku akan tetap menyebarkan dakwah Islam.”

Rentetan dari kisah ini maka turunlah firman Allah dalam surah al-Kafirun iaitu,

“Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.”

Hakikatnya dakwah itu harus dengan kebenaran dan bukan untuk menyenangkan sesiapa. Surah al-Maidah: 48 dengan jelas Allah berfirman,

“Putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.”

Dakwah ekstrem sebagaimana alasan yang selalu diungkapkan oleh sebahagian umat Islam ketika sambutan Krismas ini bukanlah dakwah yang dituntut dalam syariat Islam.

Mereka menyambut dan meraikan perayaan itu kerana katanya ingin menunjukkan rasa bermasyarakat dengan harapan mungkin boleh membuatkan mereka menerima Islam. Pun begitu, mereka perlu ingat, di dalam Islam terdapat undang-undang dan peraturan yang perlu diikut, bukan hanya main langgar sahaja.

Apabila kita sebut tentang perayaan, ia bukan hanya melibatkan adat dan budaya sahaja, bahkan merangkumi ibadah sepertimana kita merayakan Aidilfitri dan Aidiladha. Dan bagi perayaan Krismas pula mereka meraikan kelahiran Jesus Christ. Jadi apabila kita meraikan perayaan Krismas ia sama seperti kita meraikan Jesus.

Sekiranya kita hanya sekadar memberi ucapan selamat atas perayaan itu, ia masih ringan. Sebaliknya jika melibatkan tindakan dan perbuatan seperti memakai pakaian, bersama-sama meraikan amalan mereka, itu sudah dianggap berat kerana dalam Islam kita tidak dibenarkan sampai ke tahap menyerupai dan meraikan amalan penganut lain walaupun dengan tujuan dakwah.

Ini bersandarkan pada hadis Baginda s.a.w.

“Bukan termasuk golongan kami siapa yang menyerupai kaum selain kami. Janganlah kalian menyerupai Yahudi, juga Nasrani, kerana sungguh mereka kaum Yahudi memberi salam dengan isyarat jari jemari dan kaum Nasrani memberi salam dengan isyarat telapak tangannya” (HR Tirmizi)

Walaupun para ulama mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu ini, namun jumhur ulama sepakat menyatakan haram meraikan perayaan penganut agama lain. Wallahu a’lam

_______________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This