SEORANG pemandu lori tangki berdepan detik cemas apabila kenderaan berat yang dipandunya itu hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 28, Lebuhraya Karak dekat Genting Sempah, Gombak, awal pagi tadi.
Insiden tersebut turut tular dalam aplikasi TikTok selepas rakaman papan pemuka berdurasi 46 saat itu memaparkan kemalangan melibatkan lori tangki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah malam tadi.
Menurut Noor Ariffin, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.42 pagi tadi.
Kata beliau, lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.
Baca artikel lain: Kren terbalik: 2 lelaki Indonesia maut, seorang parah ketika mengecat bangunan
“Setibanya di lokasi kejadian, brek lori tangki itu mengalami masalah dan gagal berfungsi sehingga menyebabkan hilang kawalan dan terbabas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Ariffin memberitahu, pemandu lori tangki itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor K Pavinar di talian 017-4424699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

