Sabah, Kelantan, Terengganu dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu – MetMalaysia

Dari Penulis

Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Sabtu ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari bermula 29 Dis ini. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This