Nahas KM204: Dua beradik belum tahu ibu bapa sudah meninggal dunia

Dari Penulis

DUA beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Ayer Keroh, Isnin lepas, masih tidak mengetahui ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata perkara tersebut masih dirahsiakan memandangkan Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7 dan Nur Sofea Humaira, 4, masih mendapatkan rawatan termasuk baru menjalani pembedahan di bahagian kaki.

“Tak beritahu sebab takut mereka emosi. Walaupun mereka sedar tapi keduanya masih sakit dan saya tak pasti sama ada kanak-kanak itu ada bertanyakan ibu bapa mereka atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak tersebut di Hospital Melaka, hari ini.

Baca artikel lain: Nahas Alor Gajah: Tujuh mangsa masih terima rawatan termasuk anak sulung pasangan terkorban

Beliau berkata, kedua beradik itu dijaga ahli keluarga mereka sejak malam kejadian dan setakat ini kesihatan mereka menunjukkan perkembangan agak baik.

“Muhammad Uwais dijadualkan akan menjalani pembedahan pada paha kanannya yang pecah dan masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea sudah selamat menjalani pembedahan di bahagian paha kirinya yang patah dan keduanya berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Dalam kejadian pada 8.45 malam itu, tujuh maut termasuk ibu bapa dua beradik tersebut iaitu Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, di samping datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, Fauziah Jaafar, 69.

Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66, manakala 33 orang lagi cedera.

Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This