DUA lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan di Jalan Pontian Lama, berhampiran bulatan Taman Desa Skudai pada 12.11 tengah malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Suraini Adnan berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dengan sebuah lori muatan 10 tan.
“Akibat kemalangan, seorang lelaki berusia 43 tahun disahkan maut di akibat tersepit di dalam kereta.
“Seorang lagi lelaki berusia 43 tahun turut disahkan meninggal dunia namun tidak tersepit,” kata kenyataan itu.
Pasukan penyelamat telah menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mayat kepada polis bagi tindakan lanjut.
Seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori berusia 36 tahun dilaporkan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.03 pagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

