PENYANYI Didi Astillah meluahkan rasa bengang dan tampil mempertahankan kakaknya iaitu pelakon Bella Astillah susulan kenyataan Ruhainies baru-baru ini.
Didi atau Dayang Nazillah Awang Astillah, 28, menempelak pendedahan Ruhainies sekaligus memberi peringatan sekali lagi kakaknya tidak terlibat dalam merancang kes tangkap khalwat membabitkan bekas abang iparnya, Aliff Aziz.
“Malas dan penat sebenarnya bila nampak ‘posting’ melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak beritahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal ‘orang tak tahu perkara sebenar, sampai sekarang pun tak tahu.’
“Tak habis-habis main sentimen itu. Mari saya ingatkan, dulu pun pernah buat kenyataan yang sama selepas itu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah.
“Betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya. Allah hantar seseorang untuk ‘reveal’ perancangan jahat awak sebab awak tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan.
“Barulah nampak perangai awak macam mana dan betapa hitamnya hati nak kenakan kakak saya itu ini…jangan bayar kereta enam bulan lah apa lah. Kes lama pun sanggup dikorek asalkan nama kakak saya buruk sekali,” tulisnya di akaun Instagram Story.

Dalam perkongsian berkenaan, dia juga memuat naik kembali satu video temu bual Ruhainies yang bercakap mengenai dugaan dialami sepanjang tahun ini.
Malah, Didi turut mencabar Ruhainies untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bella sekiranya apa yang tersebar adalah fitnah.
“Pada saat kakak saya buat ‘posting’ dengan meletakkan nama awak di sosial media dia kerana awak berjaya meruntuhkan rumah tangga dia dengan kes khalwat tu, kenapa tak saman je dia masa tu? Berani kerana benar.
“Tapi ada hikmah kes khalwat terjadi, kalau tidak mungkin ada kemaafan yang ke-12 terjadi,” ujarnya.
Didi turut mendakwa Ruhainies cuba mempengaruhi beberapa individu dengan bercakap buruk mengenai Bella.
“Tolong hentikan sebar fitnah kononnya kakak saya perangkap. Saya tahu awak ada mesej artis dalam industri bergelar Datuk untuk mengutuk dan fitnah kakak rancang semua ini.
“Ingat kakak saya mahu anaknya kehilangan bapa? Lama dia bertahan sampai rujuk balik bertahan lagi lima tahun…cuba fikir!
“Macam budak sekolah cari orang untuk sebelahkan awak. Kenapa tak ‘move on’ lagi? Orang salah tak tenteram sibuk nak beritahu walau tak ditanya,” katanya.
Dedah Didi, dia bertindak demikian disebabkan tidak tahan dengan sikap Ruhainies yang menyebarkan fitnah sekaligus cuba meraih simpati ramai.
Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz kantoi ditangkap atas dakwaan khalwat pada 9 Mac lalu.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff dan mereka sah berpisah pada 13 Jun lalu.

