Adam Adli mahu Dr Akmal tarik balik kenyataan pertikai pengampunan Anwar Ibrahim

Dari Penulis

PKR mahu Ketua Pemuda UMNO ,Datuk Dr Akmal Saleh berwaspada mengenai kenyataannya mempersoalkan pengampunan diraja Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 kerana ia dibimbangi tidak menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abd Halim, berkata kerajaan Madani tidak mengamalkan politik dendam atas pertembungan lampau dan mengambil maklum kerajaan gabungan pelbagai parti mempunyai “kepentingan” masing-masing.

“Mahkamah Rayuan pada 2021 juga pernah membatalkan satu saman mempertikaikan pengampunan diraja yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim. Hal ini telah diputuskan secara tuntas melalui keputusan mahkamah, sewaktu Anwar dan (Pakatan) Harapan berada di blok pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengurniaan pengampunan bukan keputusan dibuat sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, tetapi dilindungi mekanisme ditetapkan undang-undang dan Perlembagaan.

“Kami di (Pakatan) Harapan ketika itu menuruti proses ini dengan cermat dan hemah atas dasar memperakui keluhuran Perlembagaan kita.”

Adam mengingatkan Akmal bahawa Najib didakwa dan disabitkan kesalahan pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad; dijatuhkan hukuman penjara pada 2022 ketika zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

“Semuanya melalui proses undang-undang yang tidak dipertikaikan, namun yang terus diserang adalah pentadbiran Anwar Ibrahim,” katanya.

Katanya, wajar ketua Pemuda UMNO menarik semula kenyataan kerana serangan politiknya bersifat melulu, malah memesongkan fakta diketahui umum, selain tidak menghormati institusi raja dan undang-undang.

Sebelum ini, Akmal mempersoalkan sama ada pengampunan diraja Anwar pada 2018 dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.

Akmal bertanya sedemikian merujuk kenyataan media Jabatan Peguam Negara semalam memaklumkan permohonan pengampunan mana-mana banduan yang melakukan kesalahan di Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya mestilah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This