Tidak logik anda tak tahu kesalahan simpan bahan lucah kanak-kanak – Ayob

Dari Penulis

KEBANYAKAN individu yang ditahan dalam Op Pedo pada 23 Dis, memberi alasan tidak mengetahui perbuatan memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM), merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata alasan tersebut dianggap tidak munasabah, kerana pelbagai kenyataan telah dikeluarkan pihak berwajib berkaitan perbuatan itu yang diklasifikasikan sebagai jenayah keganasan.

“Pihak polis akan terus mengenal pasti individu yang terlibat dalam aktiviti ini, termasuk memiliki atau mempromosikan bahan-bahan lucah.

“Operasi yang dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini juga akan terus digiatkan bagi mengesan saki baki individu yang dipercayai terlibat (CSAM),” katanya selepas merasmikan penutupan Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 di Empangan Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini.

Pada 23 Dis, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan 13 lelaki ditahan secara berasingan di enam negeri, kerana disyaki memiliki CSAM dalam talian dengan ke semua suspek berusia 20 hingga 74 tahun, diberkas di 18 buah premis di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Ayob Khan berkata pihaknya juga tidak menolak perbuatan keji itu tidak hanya berlaku di enam negeri tersebut sebaliknya melibatkan seluruh negara.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This