Gelandangan didakwa bunuh rakan bawah jambatan

Dari Penulis

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh rakan gelandangan pada 23 November lalu.

Tertuduh, Muhammad Aiman Abdullah, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan.

“Sudah jelas,” jawabnya ringkas di dalam kandang tertuduh.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang mualaf didakwa menyebabkan kematian gelandangan, P Saravanan, 45, di tepi jalan (bawah jambatan) Jalan Tun Sambathan berhampiran sebuah hotel di KL Sentral antara pukul 9.45 malam hingga 10.07 malam, 23 November lalu.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Farah Nabihah menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, seorang gelandangan ditemui mati dan polis pada mulanya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, sebaik laporan bedah siasat diterima, mangsa didapati meninggal dunia disebabkan hentakan kuat di kepala.

Hasil siasatan polis pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati tertuduh melakukan perbuatan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This