JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali iaitu gagal memberikan keutamaan ke atas pengguna jalan raya yang lain.
“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda di bawah seksyen yang sama iaitu denda tidak kurang RM 1,000 dan tidak melebihi RM 500,000.
“Kenderaan yang terlibat juga boleh disita di bawah Seksyen 80 Akta 715 dan dilucut hak jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

