Tak sampai 24 jam curi lori, lima lelaki dicekup polis

Dari Penulis

LIMA lelaki ditahan selepas dipercayai mencuri sebuah lori yang ditemui di tepi Jalan U3/3, Bandar Pinggiran Subang pada 12.30 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pengadu seorang pengarah syarikat ubah suai rumah memaklumkan telah meletakkan lori Isuzu Delta tiga tan milik syarikat di tepi Jalan USJ 1/25, UEP Subang Jaya pada pukul 7 petang hari Sabtu.

Beliau berkata, pada Ahad pukul 7 pagi, pengadu dapati lori telah hilang dan disyaki dicuri.

“Sepasukan polis telah berjaya mengesan lori terbabit dan sebuah kereta Hyundai Starex di Bandar Pinggiran, Subang yang dinaiki oleh lima lelaki tempatan berusia 27 hingga 37 tahun.

“Hasil pemeriksaan telah menemui beberapa peralatan pecah rumah di dalam Starex,” ujarnya.

Hasil soal siasat terhadap suspek telah membawa kepada penemuan sebuah Perodua Axia di pusat beli belah dekat Puchong yang digunakan suspek untuk kegiatan pecah rumah.

Pemeriksaan di dalam Axia telah menemui dua unit pemampat pendingin hawa dan sebuah tong gas.

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Suspek telah dibenarkan reman selama empat hari sehingga Khamis oleh Mahkamah Shah Alam untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This