Johari adakan lawatan rasmi ke Arab Saudi, beri fokus kerjasama Parlimen

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Speaker Majlis Syura Kerajaan Arab Saudi Sheikh Dr Abdullah bin Mohammed bin Ibrahim Al Sheikh dalam lawatan rasminya ke Arab Saudi, baru-baru ini.

Parlimen Malaysia memaklumkan pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan diplomatik di antara Parlimen Malaysia dan Majlis Syura Arab Saudi.

Jelasnya, perbincangan tertumpu kepada kepentingan mempertingkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan pertukaran budaya selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memperkasa kerjasama di peringkat global dan rantau.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat turut mengambil kesempatan dalam pertemuan ini untuk membincangkan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada 2025.

Baca artikel lain: Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Malaysia

“Malaysia komited untuk memperkukuh kerjasama dengan negara-negara sahabat, termasuk Arab Saudi, dalam menjayakan kepengerusian ini dan memastikan ASEAN terus memainkan peranan strategik dalam menangani isu-isu serantau serta global,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Johari dalam kenyataan sama berkata, Malaysia melihat hubungan erat dengan Arab Saudi sebagai satu keutamaan dalam usaha memperkasa peranan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh dan sebagai suara yang menyatukan dunia Islam.

“Kami berharap kerjasama ini dapat membuka ruang kepada peluang baharu, terutamanya dalam memperkukuh daya tahan ekonomi, keselamatan makanan, tenaga boleh diperbaharui, dan diplomasi serantau,” katanya.

Parlimen Malaysia turut memaklumkan dalam rangka lawatan itu, Johari turut melawat Pameran Antarabangsa dan Muzium Biografi Nabi dan Tamadun Islam yang merupakan inisiatif unik Arab Saudi untuk memperkenalkan biografi Rasulullah SAW dan kegemilangan tamadun Islam.

“Lawatan ini membuka ruang untuk memahami lebih mendalam sejarah penempatan Bani Hanifah, yang membawa kepada penubuhan Diriyah dan seterusnya kelahiran Negara Saudi Pertama.

Selain itu, Johari juga mengadakan sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Riyadh bagi mendengar pandangan serta berkongsi perkembangan terkini negara, selain menekankan peranan penting rakyat Malaysia di luar negara sebagai duta kecil yang membawa nama baik negara di peringkat antarabangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This