KERAJAAN Kedah menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan hukuman sebatan terbuka kepada pesalah syariah di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, pihaknya tidak boleh mencampuri urusan berkenaan kerana ia dalam bidang kuasa eksekutif badan kehakiman.
“Urusan Mahkamah Syariah, mahkamah apa pun, kerajaan tak boleh nak campur. Mahkamah akan putuskan sebat, rotan atau rejam. Kita tak boleh campur urusan mahkamah.
“Janganlah suruh saya jawab itu. Saya tak boleh campur urusan mahkamah, itu jawapan saya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau kata demikian selepas Majlis Sambutan Pelancong Sempena Tahun Melawat Kedah 2025 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Baca artikel lain: Sekurang-kurangnya 13 cedera di Seoul selepas kereta rempuh pasar
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyarankan semua negeri di bawah pentadbiran parti itu melaksanakan hukuman sebat secara terbuka sebagai sebahagian daripada hukuman syariah, susulan pelaksanaannya di Terengganu.
Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan tindakan itu patut menjadi contoh negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.
Pada 27 Disember lalu, seorang tukang rumah, Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama di Terengganu yang dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai atas kesalahan khalwat berulang.
Selain Terengganu dan Kedah, negeri lain yang ditadbir Pas adalah Kelantan dan Perlis.
Muhammad Sanusi berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman mesti dihormati.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

