Sekurang-kurangnya 13 cedera di Seoul selepas kereta rempuh pasar

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 13 orang cedera di Seoul selepas sebuah kereta merempuh pasar tradisional, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik agensi berita Yonhap.

Kejadian itu berlaku pada Selasa apabila seorang lelaki berusia 73 tahun memandu sedannya merempuh orang ramai di Pasar Mokdong Kkaebi di barat daya Seoul, kata polis, sambil menambah bahawa saksi melaporkan bahawa kenderaan itu bergerak kira-kira 330 kaki ke dalam pasar sebelum berhenti.

“Saya memecut untuk mengelak bas di hadapan saya dan kemudian menekan brek berhampiran gerai pasar. Bagaimanapun, saya tidak ingat dengan jelas apa yang berlaku seterusnya,” kata pemandu itu, yang ujian alkohol dan dadah menunjukkan keputusan negatif.

Baca artikel lain: Kerajaan jangan tekan hidup rakyat, banyak janji perlu ditunaikan – Hamzah Zainudin

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan bahawa kejadian itu disebabkan oleh pecutan kereta itu secara tiba-tiba, kata polis.

Penguat kuasa undang-undang Seoul berkata ia akan menyiasat perkara itu menggunakan rakaman daripada kamera pengawasan pasar.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI                         


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This