Kerajaan akan perkasakan tenaga yang boleh diperbaharui – KSN

Dari Penulis

KERAJAAN akan memperkasakan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai langkah masa hadapan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata usaha itu juga selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

Beliau berkata antara langkah ke hadapan, kerajaan ketika ini akan mementingkan renewable energy iaitu tenaga yang boleh diperbaharui.

“Kita akan lebih tumpukan kepada itu, sebab kita punya sasaran ialah sifar bersih tahun 2050. Oleh itu dalam persidangan ASEAN juga kita turut menekankan dan mementingkan mengenai kelestarian,” kata beliau kepada media pada Program Ihsan MADANI di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 2, hari ini.

Baca artikel lain: Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada BERNAS – Syed Abu Hussin

Sementara itu, menerusi program berkenaan Shamsul Azri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada surau sekolah berkenaan, selepas mengalami kerosakan susulan bencana banjir baru-baru ini.

Pada program sama, beliau turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 140 orang penerima yang terdiri daripada penduduk sekitar bandar Rantau Panjang dan juga Pasir Mas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This