Jangan gelojoh tetapkan tarikh PRU, utamakan kestabilan dan kemakmuran negara, rakyat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TEKA-teki bila Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) bakal diadakan banyak diperkatakan kebelakangan ini, dengan kerajaan pastinya mengambil tindakan berhati-hati dalam memilih tarikh keramat berkenaan.

Penganalisis politik meramalkan dua tarikh penting iaitu selepas berlangsungnya Sukan Sea 2027 bagi meraih momentum positif kejayaan atlet yang boleh diterjemahkan dalam bentuk undian kepada kerajaan.

Satu lagi tarikh adalah sebelum berakhir tahun ini yang jika dikira hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk gabungan kerajaan dan pembangkang melakukan persiapan. Agak mencabar!

Jika menelusuri reaksi yang diberikan dalam kalangan pengguna media sosial, ianya bercampur-campur, ada yang mahu PRU diadakan lebih awal dan ada juga sebaliknya.

Namun ada satu komen yang menarik perhatian penulis untuk diberikan penekanan, pengguna media sosial berkenaan menyebut tentang aspek kestabilan dan kemakmuran.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk memastikan negara dan rakyat berada dalam keadaan stabil terlebih dahulu sebelum sesuatu pilihan raya dijalankan.

Ini terutamanya melihatkan kepada situasi geopolitik dunia yang semakin mencabar terutama kesan daripada krisis di Asia Barat yang sehingga kini tiada asas konkrit untuk ia berakhir lebih awal.

Rakyat pastinya tidak marah sekiranya PRU dilewatkan bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk memastikan kemakmuran mereka dipelihara, sikap seperti ini lebih terpuji berbanding memperlihatkan perangai gelojoh.

Ingat! Rakyat memerhati, kerajaan ditagih untuk meneruskan usaha, ia menjamin kuasa terus kekal kepada pihak yang berhak atau terima hukuman daripada rakyat di peti undi.

Akhir kata untuk kerajaan teruskan bekerja manakala bagi rakyat, jalankan tanggungjawab anda dengan penuh bertanggungjawab apabila tiba masanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This