KERAJAAN Negeri Pahang mengambil langkah proaktif dengan menaja makan tengah hari kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki ujian bertulis, hari ini.
Penajaan makan tengah hari itu diberikan kepada semua calon SPM kecuali mereka yang tinggal di asrama.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam hantaran di Facebook memaklumkan, inisiatif tersebut sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan mereka.
Beliau turut mengajak semua pihak bersama-sama mendoakan calon SPM agar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang serta diberikan kesihatan yang baik.
Baca artikel lain: 97 peratus calon hadir SPM hari pertama
“Saya turut dimaklumkan bahawa Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) amat menghargai inisiatif ini dan turut menyampaikan ucapan terima kasih serta salam kepada kita semua di negeri Pahang.
“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024. Semoga anak-anak semua diberi ketenangan, kekuatan dan kebijaksanaan sepanjang menghadapi peperiksaan ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Seramai 20,401 calon dari Pahang menduduki ujian bertulis di 259 pusat peperiksaan dengan 104 calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) terdiri daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal dan masalah pembelajaran.
Secara keseluruhan, lebih 400,000 calon SPM 2024 yang berdaftar bagi menduduki ujian bertulis di 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

