Polis wanita positif amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo ditahan di pusat hiburan

Dari Penulis

SEORANG anggota polis wanita berpangkat rendah ditahan selepas didapati positif dadah dalam Ops Hiburan sempena ambang tahun baru di sebuah pusat hiburan dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pukul 2 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, wanita tempatan berusia 26 tahun itu ditahan di pusat hiburan terbabit ketika sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.

Beliau berkata, wanita itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama dua hari sehingga Khamis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This