Berkonsepkan mesra alam, kemudahan lengkap termasuk ruang pameran dan servis, serta fasiliti yang meliputi jualan, perkhidmatan, dan alat ganti, I-Green Premium Showroom secara rasmi menjadi Pusat Servis Proton e.MAS terbesar di Lembah Klang. Pusat pameran seluas 13,000 kaki persegi ini akan menjadi pusat utama untuk mereka yang berminat dengan model Proton e.MAS 7 EV.

Pengarah Utama I-Green Premium, Alex@ Lee Teik Meng berkata pelancaran pusat pameran ini adalah satu langkah besar dalam usaha untuk menyokong peningkatan jualan Proton di Malaysia.
“Dengan sokongan penuh dari Proton HQ (PRO-NET) serta komitmen kuat dari pasukan jualan I-Green, kami yakin dapat mencapai sasaran jualan kami dan terus memberi pengalaman premium kepada pelanggan.
“Kami teruja dengan sambutan positif yang diterima, yang telah membawa kepada tempahan beberapa unit dan hasil jualan yang memberangsangkan. Kami berharap dapat terus berkembang serta menarik minat lebih ramai pengguna ke menggunakan kenderaan elektrik.
“Pelaburan sebanyak RM 3 juta dalam kemudahan ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan pengalaman premium dan penyelesaian terbaik kepada pelanggan,” kata Lee,” katanya.

Pusat baharu ini juga dilengkapi dengan port pengecasan DC 60 kV dan kemudahan servis terkini, termasuk tiga unit hoist serta pasukan juruteknik EV berpengalaman.
Dengan kemampuan untuk menyediakan servis sehingga 400 unit kenderaan setiap bulan dan menghantar 60 hingga 70 unit Proton e.MAS 7, I-Green Premium berhasrat untuk terus memacu pertumbuhan dan memenuhi permintaan pasaran.
Dalam usaha menarik minat pelanggan, I-Green Premium juga menawarkan promosi menarik untuk 3,000 pelanggan pertama yang berkelayakan, termasuk peluang untuk melakukan ujian pandu Proton e.MAS 7 setiap hari dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang.
Terdahulu, majlis ini dirasmikan oleh Alex@ Lee Teik Meng, Pengarah Utama I-Green Premium, bersama ahli lembaga pengarah syarikat, iaitu Andy@ Lau Chai Seng, See Wee Keng, Sang Cheok Chang, dan Eddie@ Chong Tick Wah.

