EMPAT lelaki dilaporkan cedera selepas tiga buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, terbakar petang tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/8541
Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 2.19 petang.
Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori tangki membawa sawit yang telah terbakar 80 peratus, sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard terbakar 20 peratus serta Proton Saga yang terbakar 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemandu lori tangki dan Proton Saga masing-masing berbangsa Melayu mengalami kecederaan pada kepala dan badan.
Sementara dua lelaki berbangsa Cina yang menaiki Alphard mengalami cedera ringan manakala seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berada dalam kenderaan sama dilapor selamat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

