Dua maut, treler muatan besi buruk terbabas masuk gaung

Dari Penulis

DUA lelaki disahkan maut selepas treler yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 42.1, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Bentong, pukul 8.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan mendapati treler yang dipandu lelaki tempatan dalam perjalanan dari Bukit Kemuning, Klang ke Kuantan, Pahang dengan membawa muatan besi buruk.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, pemandu treler gagal mengawal kenderaan lalu terbabas masuk ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan, pemandu treler Norazuat Mokhtar,39, bersama seorang lagi mangsa yang belum dapat dikenal pasti identiti telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Terdahulu UtusanTV melaporkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah tiba di lokasi dan membantu mengeluarkan kedua-dua lelaki itu yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.

Operasi turut dibantu dua anjing pengesan (K9) sebelum bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada treler.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This