Polis sahkan terima barang kes perlanggaran pelajar Tingkatan Lima

Dari Penulis

SEORANG pegawai polis hari ini mengesahkan menerima beberapa barang kes seperti rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka kenderaan, pakaian mangsa serta laporan polis dan kimia berhubung kes kenderaan yang dipandu seorang pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar Tingkatan Lima pada Disember 2023.

Saksi ke-32, Inspektor Chua Sze Yuan yang merupakan pegawai penyiasat pertama daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkata, kesemua bahan bukti itu diambil daripada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Jong Pit Chao pada 16 Disember 2023 iaitu selepas hari kejadian perlanggaran.

“Saya boleh cam rakaman kamera litar rumah No. 92, Laluan Meru Indah, G2, Gerbang Meru Indah, Ipoh, Perak dan saya boleh cam rakaman kamera litar rumah alamat No. 19, Laluan F2 Gerbang Meru Indah (1 Meru) Ipoh tersebut.

“Saya kemudiannya telah menyimpan semua barang kes di dalam kabinet untuk pakaian dan peti sejuk untuk spesimen darah dan air kencing di dalam bilik saya yang berkunci dalam keadaan selamat,” katanya.

Baca artikel lain: Kes bunuh murid Tingkatan 5: Perbicaraan pegawai kanan polis ditetapkan selama 30 hari

Beliau berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada perbicaraan kes Mohd Nazri Abdul Razak, 46, pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden yang didakwa membunuh pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023.

Chua berkata bagaimanapun pada 18 Disember 2023 pihaknya telah menerima arahan untuk kertas siasatan berkenaan diambil alih Asisten Superintenden S Dasarathan namun beliau masih diminta untuk membantu pegawai penyiasat tersebut.

“Pada 19 Disember 2023, saya telah terima arahan daripada Asisten Superintenden Dasarathan untuk membantu beliau bagi menghantar rakaman CCTV ke Makmal Forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk barang kes tandaan AC1 dan AC2 dan spesimen darah ke Jabatan Kimia Petaling Jaya,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz manakala Mohd Nazri diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman serta peguam pemerhati Syaheera Rosli.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This