Penunggang motosikal maut, leher terkena kabel

Dari Penulis

Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren di Jalan Kulim di Bukit Mertajam petang semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/8610

 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan lelaki berusia 40-an berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila palang pada lori kren dipandu lelaki berusia 20-an dari arah Kulim, Kedah menghala Bukit Mertajam telah tersangkut pada kabel telekomunikasi mengakibatkan kabel itu jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dari arah bertentangan bagaimanapun tidak sempat mengelak menyebabkan wayer kabel itu terkena pada lehernya sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.

Helmi berkata mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat manakala pemandu lori direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This