Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Sarudin Samah berkata, suspek ditahan di sebuah restauran di Shah Alam kira-kira 12.01 tengah malam tadi.

“Suspek telah ditangkap dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi Threads kejadian seorang individu disyaki warganegara tempatan melakukan jenayah cabul dan liwat terhadap dua mangsa sehingga trauma dan suspek berada di sekitar kawasan Seksyen 18 Shah Alam, Selangor.

Pada 3 Julai lalu, Polis IPD Shah Alam telah menerima laporan dibuat oleh dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah kolej di Glenmarie Shah Alam terhadap salah seorang pekerja di kolej sama.

Mangsa pertama mengatakan telah dicabul ketika berada di tandas asrama kolej manakala seorang lagi mangsa mendakwa telah diliwat ketika berada di rumah suspek yang sama di Seksyen 18 Shah Alam.

Suspek kejadian telah dikenal pasti yang berusia 30 an. Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Kes pertama disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala satu lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan ini jika didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun serta dikenakan sebat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This