MAYAT seorang lelaki ditemui terapung dalam Sungai Damansara di belakang bangunan Xin Hua Warehouse, Seksyen 22, Shah Alam, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 11.14 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati identiti mayat lelaki terbabit tidak diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat.
“Mayat dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan memakai baju-T warna merah hitam berlengan pendek dan hanya memakai seluar panjang berwarna gelap.
“Tiada kesan suntikan Bacillus Calmetted-Gurin (BCG) pada bahu kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan ke atas badan mayat mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh mayat yang boleh menyebabkan kematian.
Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat pada 10 pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat di bawah siasatan mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

