PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.
Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
“Malaysia berdiri dalam solidariti bersama-sama rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.
“Ingatan kami ialah kepada komuniti yang terjejas akibat krisis ini, serta perkhidmatan kecemasan yang dengan penuh berani berusaha melawan kebakaran itu,” kata beliau.
Terdahulu, dilaporkan kebakaran hutan yang dahsyat didorong angin ribut yang kuat dan keadaan kering, telah merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles pada Rabu, meragut lima nyawa dan menyebabkan ribuan rumah, perniagaan dan struktur lain terbakar.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

