Filem pendek ‘Aur dengan Tebing’ manifestasi Bank Rakyat tentang persahabatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BANK Rakyat mempersembahkan naskhah terbaharu bertajuk ‘Aur dengan Tebing’ sempena ulang tahun yang ke-70.

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, filem pendek berdurasi sembilan minit itu mengangkat tema ‘7 Dekad dan Selamanya’ menggambarkan komitmen Bank Rakyat yang sentiasa ada untuk menyokong rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur, kaum, bangsa dan latar belakang sepanjang perjalanan hidup mereka. 

Katanya, ‘Aur dengan Tebing’ merupakan sebuah filem pendek yang menyentuh hati, menampilkan kisah keutuhan persahabatan tiga sahabat – Adam, Raj dan Ah Chong yang melalui pelbagai cabaran hidup demi mencapai impian dan kebahagiaan. 

“Dibarisi pelakon popular tanah air, Beto Kusyairy sebagai Adam, Khir Rahman sebagai Cikgu Razali, Aghonderan Sahadevan sebagai Raj, MN Firas sebagai Adam (kanak-kanak), Ah Chong (kanak-kanak), S. Yasshan sebagai Raj (kanak-kanak). 

“Filem ini mengangkat perjalanan persahabatan mereka sejak kecil. Berlatarbelakangkan sebuah kampung yang tenang, ‘Aur dengan Tebing’ membawa penonton merentasi dua garis masa yang penuh nostalgik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Irwan berkata, pada zaman kanak-kanak mereka, Adam, Raj dan Ah Chong membesar dalam suasana yang ceria, bersatu di sebalik perbezaan mereka, tetapi diikat oleh hubungan persahabatan yang erat. 

Dalam ketenangan hidup di kampung, mereka mencipta pelbagai kenangan manis bersama, namun rintangan dan cabaran kehidupan yang mendatang membawa mereka ke arah yang berbeza. 

“Sejak penubuhannya 70 tahun lalu, Bank Rakyat sentiasa menyediakan penyelesaian kewangan yang holistik dan komprehensif bagi memastikan setiap individu dan perniagaan mendapat sokongan dan bantuan kewangan yang diperlukan untuk merealisasikan impian dan mengatasi cabaran hidup mereka yang digambarkan dalam kisah perjalanan Adam, Raj dan Ah Chong dalam filem ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi tayangan filem pendek berkenaan di Aurum Theatre, The Gardens Mall. 

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff. 

Mohd Irwan menambah, ‘Aur dengan Tebing’ adalah sebuah lakaran kehidupan tentang cabaran, hubungan dan pencapaian yang mendefinisikan setiap pelanggan Bank Rakyat yang sentiasa menjadi tulang belakang kami sejak tujuh dekad lalu 

“Dengan berkongsi kisah yang memberi inspirasi ini, kami mengajak penonton untuk merenung perjalanan kehidupan mereka bersama Bank Rakyat dan menghargai hubungan yang telah sedia terjalin bagi menjadikan setiap detik kehidupan lebih bermakna,” tambah beliau.

Filem pendek Bank Rakyat yang dihasilkan oleh Tangerine Films Sdn Bhd akan disiarkan melalui semua saluran platform media sosial rasmi @myBANKRAKYAT.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This