Calon PM: PN ada ramai pemimpin berpotensi termasuk Muhyiddin, Hamzah, Ahmad Samsuri

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) mempunyai lebih daripada seorang pemimpin yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, PN tidak mempunyai masalah untuk mencari pemimpin untuk dijadikan calon Perdana Menteri.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, seseorang pemimpin yang ingin dicalonkan sebagai Perdana Menteri mestilah mempunyai hubungan baik dengan pihak Istana.

Sehubungan itu, kata beliau, salah seorang pemimpin PN yang boleh diketengahkan adalah Pengerusi gabungan itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, beliau memaklumkan, nama-nama lain termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sebagai seorang negarawan senior, Tan Sri Muhyiddin ada hubungan yang baik dengan pihak istana.

“Pemimpin lain yang boleh diketengahkan – yang saya dah semak punyai hubungan baik dengan istana – ialah Hamzah Zainudin.

“Turut berpotensi ialah Dr Ahmad Samsuri (Mokhtar), dan Tuan Ibrahim (Tuan Man) kalau dalam konteks hubungan baik dengan Istana Pahang.

“Maknanya kita (PN) ada lebih daripada seorang calon yang berpotensi,” katanya.

Baca artikel lain: Setiausaha PN Wilayah Persekutuan Mahathir Rais tinggalkan PN, Bersatu

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal menjelaskan, selain hubungan baik dengan pihak Istana, individu yang dipilih itu juga boleh memenangi sokongan lebih ramai pengundi termasuk dalam kalangan bukan Melayu.

Hal itu kerana, tambahnya, sokongan PN daripada pengundi Melayu-Islam sudah hampir tepu sepenuhnya.

“Jadi kita (PN) perlukan anjakan paradigma. Untuk itu, kita tak boleh bergantung kepada seorang individu saja, tetapi mungkin sekurang-kurangnya beberapa pemimpin dari PAS dan Bersatu yang boleh menyakinkan golongan pertengahan, khususnya bukan Melayu, dan bahagian bandar di Pantai Barat (Semenanjung).

“Kita memerlukan pemimpin daripada PAS dan Bersatu yang boleh membantu PN memenangi PRU,” katanya.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin seperti dilapor media tempatan berkata, tiada perbincangan antara Pas dan Bersatu mengenai calon Perdana Menteri PN.

Katanya, pengumuman baru-baru ini oleh seorang pemimpin Bersatu yang menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri PN dibuat tanpa merujuk kepada Pas.

Beliau berkata, ahli akar umbi Pas meletakkan harapan tinggi untuk melihat parti itu memimpin negara memandangkan sokongan yang lebih meluas berbanding Bersatu.

Bagaimanapun, Hashim turut menekankan keputusan seperti itu tidak boleh dibuat secara sepihak oleh Pas dan perlu dibincangkan secara mendalam antara parti-parti dalam PN.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut ditikam rakan, mayat dihumban dalam pembetung

SEORANG lelaki maut akibat ditikam rakan di kawasan tapak pembinaan di belakang sebuah bilik pameran kenderaan di Iramanis, Kota...

More Articles Like This