SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Parit Limbong Darat, Parit Jawa, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 2.10 petang..
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Sri Tanjung ke Parit Jawa.
“Sampai di lokasi kejadian, kereta yang sedang bergerak terus telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit di bahu kanan jalan lalu terballik.
“Pemandu telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan polis yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pemandu terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dipercayai akibat lemas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

