Persiapan umrah & haji 2025: Az Zuha labur RM20 juta bersama Hotel Safwah di Mekah

Dari Penulis

Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, peneraju utama industri pelancongan Islam di Malaysia, sekali lagi melakar kejayaan dengan memperbaharui kontrak strategik bernilai RM20 juta bersama Hotel Safwah, Mekah.

Perjanjian itu dimeterai bagi memastikan para jemaah umrah dan haji tahun 2025 menikmati keselesaan, kemudahan, dan pengalaman premium sepanjang keberadaan mereka di Tanah Suci.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen Azzuha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan akses kepada penginapan yang selesa, lokasi yang strategik dan kemudahan bertaraf antarabangsa.

Hotel Safwah, yang terletak berhampiran Masjidil Haram, telah lama menjadi pilihan utama Azzuha kerana reputasinya dalam memberikan perkhidmatan unggul kepada para jemaah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel and Tours Sdn Bhd, Haji Abdul Malik bin Abdul Raman, pembaharuan kontrak ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan terhadap Hotel Safwah sebagai rakan strategik, tetapi juga usaha pihaknya untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik sepanjang menjalankan ibadah.

“Ini adalah satu lagi langkah penting dalam memperkukuhkan kedudukan Azzuha sebagai peneraju dalam pelancongan Islam.

“Azzuha juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pakej musim baru yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan.

“Dengan kerjasama Hotel Safwah, jemaah akan dapat menikmati perkhidmatan eksklusif, termasuk makanan yang disediakan, kemudahan pengangkutan, dan sokongan penuh daripada pasukan Azzuha sepanjang perjalanan ibadah mereka,” katanya.

Pembaharuan kontrak bernilai jutaan ringgit itu sekali lagi mengukuhkan dedikasi Azzuha dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia, selaras dengan visi syarikat untuk menjadi peneraju global dalam industri pelancongan Islam.

Dalam pada itu, Az Zuha turut mengumumkan tawaran pakej promosi sempena ulang tahun syarikat yang ke-13 tahun.

“Kepada yang berminat boleh mendaftar sekarang untuk menunaikan ibadah umrah bermula Julai 2025 sehingga Februari 2026.

“Selain itu, Az Zuha sedang menawarkan pakej umrah Syawal 2025 yang boleh dinikmati rakyat Malaysia dengan harga mampu milik dan penuh keselesaaan,” ungkapnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This