Seorang lagi jemaah haji lelaki Malaysia meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lagi jemaah haji lelaki Malaysia meninggal dunia di Mekah akibat serangan jantung, semalam.

Ia sekali gus menjadi kematian ketiga direkodkan dalam kalangan jemaah haji Malaysia bagi musim 1447 Hijrah setakat ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarham yang berusia 55 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdullah pada pukul 8.01 pagi.

TH memberitahu, jemaah lelaki berasal dari Cheras, Selangor itu menunaikan ibadah haji bersama isteri dan empat ahli keluarga.

“Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel, Mekah.

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Mekah.

“TH merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, dua orang jemaah haji lelaki Malaysia disahkan telah meninggal dunia pada hari Sabtu dan Isnin lalu.

Seorang lelaki dari Pahang menjadi jemaah haji pertama dari Malaysia meninggal dunia, Sabtu lalu selepas rebah ketika ingin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram.

Allahyarham yang berusia 65 tahun tiba ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah hai bersama isterinya.

Isnin lalu, seorang lagi jemaah haji lelaki Malaysia disahkan meninggal dunia di Hospital Ajiyad pada pukul 6.16 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 70 tahun dari Senggarang, Johor menginap di Hotel Elaf Al Bait.

Warga emas itu hadir ke Tanah Suci bersama isteri dan merupakan peserta di bawah Syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) kumpulan KT34.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This